Panduan Solat Berjemaah di Rumah

by Ustaz Fadhlullah Daud 2020-04-25 • 7 min read
Ustaz Fadlullah is a member of Asatizah Youth Network. He spent 12 years of his studies at Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah. He later furthered his studies on Islamic Jurisprudence at Al-Azhar University. 
2020-04-25 • 7 min read

Panduan Solat Berjemaah di Rumah

Panduan, Solat, Berjemaah, Bersama, Keluarga, Suami, Isteri, Di Rumah, Ramadan,

Segala puji bagi Allah.

Nabi Muhammad s.a.w. menggambarkan Ramadhan sebagai bulan Rahmah (Rahmat). Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita. Sekali lagi, kita dapat menyambut Ramadhan tahun ini dan mendapatkan manfaat daripada bulan ini, Insya-Allah.

Salah satu nikmat terbesar bagi umat Islam dalam bulan Ramadhan adalah dorongan untuk solat berjemaah (Solat Jama'ah).

Kita dapat melihat selama bertahun-tahun, pegawai-pegawai masjid kita sangat sibuk dalam membuat persiapan untuk bulan ini dan masjid-masjid kita tidak pernah gagal untuk menyediakan dan memimpin Solat Tarawih. Bahkan terdapat beberapa masjid yang menyediakan Solat Qiyamullail (Night Vigil), terutama sekali pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

Selama bertahun-tahun Allah s.w.t. telah memberi kita peluang untuk mengerjakan solat berjemaah iaitu ketika menunaikan Solat Jumaat, Solat Fardu (wajib) harian yang lain dan juga solat sunnah (digalakkan) Tarawih di masjid-masjid kita. Namun, sejak Ramadhan yang lalu kita diberi peluang yang lebih untuk memakmurkan rumah kita dengan solat berjemaah bersama keluarga atau bersendirian di rumah.

Walau slot untuk solat berjema’ah di masjid kini terhad, ini bukan alasan untuk kita tidak melakukan solat bersama. Sambil kita menjaga jarak dengan jemaah yang lain, kita boleh mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan solat bersama orang-orang yang kita sayangi yang tinggal dengan kita. Baca 5 Manfaat Solat Berjemaah dalam Islam.

Berikut adalah 3 perkara yang harus kita ketahui tentang cara-cara mengerjakan solat berjemaah di rumah:

Panduan Solat Berjemaah di Rumah

1. Niat Solat Berjemaah

Jika anda menjadi Imam untuk keluarga anda, anda boleh memasukkan perkataan ‘Imaman’ dalam niat anda ketika hendak memulakan solat, seperti:

Untuk Solat Subuh

أُصَلِّي فَرْضَ الْصُبْحِ رَكَعَتَيْنِ إِمَاماً للهِ تَعَالَى

Panduan Transliterasi: “Usolli fardhos sub-hi rok-’ataini imaaman lillaahi ta’ala”.

Terjemahan: "Sahaja aku solat Fardhu subuh dua rakaat sebagai Imam kerana Allah ta’ala".

Sekiranya anda adalah makmum (pengikut), anda boleh memasukkan perkataan 'Makmuman' dalam niat anda sebelum memulakan solat, seperti yang di bawah:

أُصلِّيْ فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوماً لِلّهِ تَعَالَى

Panduan Transliterasi: “Usolli fardhos sub-hi rok-’ataini makmuuman lillaahi ta’ala”.

Terjemahan: “Sahaja aku solat Fardhu subuh dua raka’at sebagai Makmum kerana Allah ta’ala”.

2. Kedudukan Berdiri dalam Solat Berjemaah

Ilustrasi berikut akan membantu anda untuk melaksanakan solat berjemaah di rumah:

Panduan, Solat, Berjemaah, Di Rumah

*Nota: Ilustrasi diatas hanya untuk menunjukkan posisi bagi solat berjemaah bersama keluarga. Niat solat boleh diubah mengikut solat yang ingin didirikan.

Ilustrasi di atas adalah untuk situasi yang ideal. Namun, sekiranya kita menghadapi kekangan ruang di rumah kita, tidak menjadi masalah untuk kita tidak mengikuti ilustrasi di atas selagi syarat-syarat berikut dipenuhi:

  1. Imam yang memimpin solat di hadapan
  2. Diikuti oleh jemaah lelaki yang berdiri sedikit di belakang Imam
  3. Diikuti oleh jemaah wanita.

Sekiranya jemaah terdiri daripada 2 individu seperti sepasang suami dan isteri dan anda menghadapi kekangan ruang di rumah anda, maka tidak mengapa selagi si suami memimpin solat di hadapan. Sekiranya jemaah terdiri daripada golongan wanita sahaja, maka seorang wanita yang menjadi Imam boleh berdiri sedikit di hadapan jemaah yang lain.

3. Bacaan Surah Al-Fatihah Di Setiap Raka'at sebagai Makmum

Walaupun solat berjemaah itu adalah Sunnah muakkadah (sangat terpuji) atau fardhu kifayah (kewajiban bersama) menurut beberapa Ulama’ sebahagian daripada kita mungkin menghadapi beberapa kesulitan dalam mengikuti pergerakan Imam dalam solat berjemaah. Salah satunya adalah pembacaan Surah Al-Fatihah di mana ada diantara kita yang mungkin menghadapi kesukaran dalam melengkapkan bacaan Surah Al-Fatihah, terutama sekali apabila Imam membaca terlalu laju. Apa yang harus kita lakukan apabila berada dalam keadaan sebegini?

Seperti yang kita sedia maklum, pembacaan Surah Al-Fatihah dianggap sebagai bahagian penting solat (Rukun) dan solat tidak akan diterima jika seseorang itu tidak membaca Surah Al-Fatihah di setiap raka’at solat. Sekiranya seseorang itu tidak dapat mengikut Imam untuk rukun yang seterusnya kerana pembacaan Al-Fatihah yang agak lambat, seseorang itu harus melengkapkan surah Al-Fatihah itu terlebih dahulu sebelum beralih ke posisi rukuk untuk mengikuti Imam2. Seseorang itu harus berusaha sebaik mungkin untuk melengkapkan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum ke posisi rukuk, terutama sekali dalam solat-solat fardhu.

Dalam memaksimumkan usaha seseorang itu untuk melakukan solat-solat sunnah yang banyak di bulan Ramadhan, jika dia mengalami kesulitan untuk mengikuti pergerakan Imam kerana baru belajar membaca surah Al-Fatihah, atau jika Imam membaca terlalu laju ketika memimpin solat-solat sunnah seperti Solat Tarawih, maka dia boleh mengikuti pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik bin Anas dan Mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa membaca surah Al-Fatihah dalam solat berjemaah sebagai makmum yang mengikuti Imamadalah sunnah (terpuji) dan tidak wajib (wajib).

Kami berharap artikel ini memberi pencerahan kepada pembaca-pembaca kami tentang cara-cara menunaikan solat bersama orang-orang yang tersayang di rumah. Semoga ini menjadi panduan untuk kita dalam memastikan bahawa kita boleh solat di rumah secara berjemaah dengan yakin.

Kami berdoa semoga Allah memberkati kita dengan Taufiq (Bantuan) dan Hidayah (Bimbingan)-Nya untuk terus mempelajari Islam dan konsisten dalam solat kita dan juga dalam melaksanakan solat berjemaah.

Kami berdoa semoga Allah mengizinkan kita untuk meraih manfaat daripada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Yang paling penting, kita berdoa semoga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir untuk kita. Semoga Allah menerima semua amalan kebajikan kita dan mengampuni segala kekurangan kita. Amin ya rabbal alamin.

Dan Allah Maha Mengetahui.

Segarkan ingatan anda tentang keutamaan solat Terawih dan  Qiyamullail!

1Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani, 1436H. Tahsin Ibadah, pg. 34. Malaysia; Aslita Sdn Bhd.

2ibid, pg. 17. 

3Wahbah al-Zuhayli. Fiqh Al-Islamiy Wa Adillatuh, Volume 1, pg 696-697. Syria; Dar Al-Fikr.

 

 

Subscribe to our newsletter

* indicates required
Topics
All Asnaf Inspiring Muslims Dua Faith Family Ramadan Halal Malay Wakaf Travel Misconceptions
Join our mailing list
SUBSCRIBE