Cara Mengkhatamkan Al-Quran dalam 30 Hari

by Ustazah Nur Hidayah Azman 2021-04-20 • 13 min read
Ustazah Hidayah graduated with Bachelor of Usuluddin (Al-Quran and Al-Hadith) from University of Malaya. She is Chief Creative Officer at BY.HIFA, co-Founder of Sparkreativ, co-Founder of Better Than Yesterday and Senior Editor of AskHadith.Sg.
2021-04-20 • 13 min read

Cara Mengkhatamkan Al-Quran dalam 30 Hari

Pahala, Kelebihan, Baca, Khatam, Al-Quran, Ramadan

Segala puji bagi Allah.

Ramadhan adalah bulan yang kesembilan menurut kalender Islam dan ia adalah bulan suci yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setiap tahun. Ramadhan bermula apabila terlihatnya anak bulan. 

Yang paling menarik tentang Ramadan adalah ia hanya disebutkan dalam Al-Quran dalam Surah al-Baqarah. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 185,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) di mana Al-Quran diturunkan, (sebagai) petunjuk bagi orang-orang dan bukti petunjuk dan kriteria yang jelas."

(Surah al-Baqarah, 2: 185)

Ramadan adalah bulan puasa dan juga bulan di mana terjadinya peristiwa terhebat yang disebutkan oleh Allah s.w.t. iaitu Nuzul Al-Quran (Al-Quran diturunkan).

Al-Quran adalah Kitab yang tetap dan abadi. Ia juga membawa cahaya petunjuk dan merupakan sumber kekuatan. Kita dapat memperoleh pelbagai peringatan dari Al-Quran yang juga telah menetapkan standard dan memberi pencerahan tentang perbezaan antara yang betul dan yang salah.

Firman-firman Allah s.w.t. yang juga merupakan panduan hidup, mati dan seterusnya ini pasti mengandungi kebaikan yang tidak terhingga, lebih-lebih lagi jika ia dibaca.

Keutamaan membaca Al-Quran

Kelebihan, Membaca, Al Quran, Keutamaan, Fadilat

Antara keutamaan yang dinantikan oleh para pembaca Al-Quran adalah pahala berganda bagi setiap huruf yang dibaca darinya. Dalam sebuah hadis, ‘Abdullah bin Mas’ud melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

“Barangsiapa membaca satu huruf Al-Quran, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”

(Sunan at-Tirmidhi)

Keutamaan membaca Al-Quran yang seterusnya adalah kita dapat menjadi orang yang terbaik. Memandangkan firman-firman Allah s.w.t. adalah peringatan yang terbaik, maka mereka yang membaca, mempelajari dan mengajar firman-firman-Nya adalah yang terbaik. Seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadis, ‘Uthman bin‘ Affan melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Sebaik-baik kamu adalah orang-orang yang mempelajari Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

(Sahih al-Bukhari)

Keutamaan lain membaca Al-Quran termasuk memperoleh kedamaian dan ketenangan.

Al-Bara melaporkan, seorang lelaki sedang membaca bab tentang gua (Surah al-Kahfi) dengan ada di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali apabila awan membayanginya. Awan itu semakin menghampirinya sehingga kudanya menjadi takut. Dia bertemu dengan Nabi s.a.w. pada waktu pagi dan menyebutkan hal itu kepadanya. Nabi s.a.w. berkata,

اقْرَأْ فُلَانُ فَإِنَّهَا السَّكِينَةُ تَنَزَّلَتْ عِنْدَ الْقُرْآنِ أَوْ تَنَزَّلَتْ لِلْقُرْآن

“Teruskan membaca. Sesungguhnya itulah ketenangan yang datang daripada bacaan Al-Quran”

(Sahih Muslim)

Etika yang betul sewaktu membaca Al-Quran

Adab, Membaca, Al Quran

Dalam kita mempersiapkan diri untuk berinteraksi dengan Al-Quran selepas mengetahui keutamaan membacanya, ada beberapa etika yang perlu kita jaga:

Pastikan anda berada dalam keadaan bersih dan berwudhu'.

Pastikan anda berada dalam keadaan yang sesuai dan dihormati sebaik mungkin.

Mulakan dengan Ta'awwudz (berlindung kepada Allah s.w.t) dan Basmalah (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

A`uzu billahi min ash-shaytan nir-rajim

Aku berlindung kepada Allah s.w.t. daripada syaitan yang direjam

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baca dengan perlahan tanpa tergesa-gesa untuk menghayati dan lebih memahami  ayat-ayatnya.

Elakkan perbincangan dan gangguan semasa membaca.

Agungkan Allah s.w.t. ketika menamatkan bacaan.

Letakkan Al-Quran di tempat yang tinggi tetapi boleh dicapai untuk menunjukkan keagungannya.

Langkah-langkah praktikal untuk mengkhatamkan Al-Quran

Dengan datangnya bulan puasa, bulan Ramadhan, bulan di mana Al-Quran diturunkan, ramai akan mengambil peluang pada bulan suci ini untuk mengkhatamkan Al-Quran.

Berikut adalah langkah-langkah praktikal untuk membantu anda mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan.

1. Mulakan dengan niat yang betulDoa, Cara, Mengkhata, Al Quran

Niat adalah seperti GPS atau kompas yang memandu dan mengarahkan kita ke tempat yang kita ingin tuju.Untuk memenuhi cita-cita anda untuk mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan, mulakanlah dengan niat yang betul.

Pertama sekali, ataupun sebelum memulakan perjalanan ini, niatkan kerana Allah s.w.t. agar kita mendapat keikhlasan. ‘Umar bin al-Khattab r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

“Sesungguhnya, segala amalan itu tergantung kepada niat, dan setiap orang akan mendapatkan apa yang dia niatkan.” 

Keikhlasan adalah kunci dalam perjalanan kita dengan Al-Quran. Apabila sesuatu itu dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t, Dia akan memberi kita kekuatan, kesihatan, motivasi dan masa yang cukup untuk berlayar dan mengharungi gelombang dan pasang surut.

2. Tanamkan tekad untuk mengkhatamkan Al-Quran

Cara, Khatam, Al Quran, Ramadan

Tekadlah yang mencetuskan api dari niat-niat yang ditanam. Ini dapat mendorong seseorang untuk terus gigih walaupun terdapat kesukaran dan kesulitan dalam sesuatu prose itu seperti proses mengkhatamkan bacaan Al-Quran. Allah s.w.t. berfirman:

اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوۡا مَا بِاَنۡفُسِهِمۡ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”

(Surah ar-Ra’d, 13:11)

Keadaan seseorang itu ditentukan oleh apa yang mereka sendiri lakukan dan apa yang mereka lakukan untuk diri mereka sendiri. Ini termasuk hasrat dan kesungguhan mereka dalam melakukan apa-apa tindakan sekalipun. Apabila seseorang itu memiliki hasrat dan niat yang betul, barulah dia berasa yakin dan terdorong untuk mengambil langkah-langkah seterusnya demi mencapai matlamat dan keinginannya. 

3. Atur strategi yang sesuai untuk anda

Cara, Tips, Khatam, Al Quran, 30 hari

Tiada cara khusus untuk mengkhatamkan Al-Quran. Oleh itu, lakukanlah apa yang sesuai untuk anda. Namun, terdapat beberapa panduan yang dapat membantu anda mencapai matlamat anda. Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran,

وَ جَعَلۡنٰکُمۡ شُعُوۡبًا وَّ قَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوۡا

"Dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali."

(Surah al-Hujurat, 49:13)

Ayat ini menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian dalam ciptaan Allah. Tentunya Allah s.w.t. telah menciptakan setiap manusia dengan kekuatan dan had masing-masing. Dan melalui perbezaan ini kita dapat belajar daripada satu sama lain, dari kelakuan yang terbaik hinggalah ke pengajaran daripada kesukaran.

Ada yang mungkin ingin memperuntukkan waktu tertentu dalam sehari untuk duduk dan membaca beberapa halaman Al-Quran sementara ada yang lebih suka melengkapkan bacaan beberapa Juz al-Quran pada tarikh yang tertentu.

Berikut adalah beberapa strategi yang boleh anda pertimbangkan untuk mengkhatamkan Al-Quran secara individu atau secara berkumpulan.

  1. Untuk mengkhatamkan 30 Juz Al-Quran secara individu, baca 1 Juz sehari selama 30 hari. Kerana 1 Juz mempunyai 20 halaman,
    1. Baca 4 halaman selepas setiap solat Fardhu (wajib) setiap hari
    2. Baca 2 halaman sebelum setiap solat Fardhu dan 2 lagi selepasnya
    3. Baca 5 halaman pada pagi hari, 5 halaman pada petang hari, 5 halaman pada siang hari dan 5 halaman pada malam hari
    4. Baca 10 halaman pada pagi hari dan 10 halaman pada malam hari
  2. Untuk mengkhatamkan 30 Juz Al-Quran secara berkumpulan bersama keluarga, teman-teman atau rakan-rakan kerja, berikan setiap daripada mereka sejumlah Juz untuk dibaca selama 30 hari. 
    1. Jika terdapat 5 orang, setiap orang mengambil 6 Juz untuk dibaca selama 30 hari
    2. Jika terdapat 10 orang, setiap orang mengambil 3 Juz untuk dibaca selama 30 hari
    3. Jika terdapat 15 orang, setiap orang mengambil 2 Juz untuk dibaca selama 30 hari
    4. Jika terdapat 30 orang, setiap orang mengambil 1 Juz untuk dibaca selama 30 hari

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah tidak hanya ada satu cara untuk melakukannya. Anda boleh mengikuti panduan ini dan melihat apa yang paling sesuai untuk anda. Sekiranya anda ingin melakukan amalan ini dan mengkhatamkan Al-Quran bersama keluarga dan teman-teman anda, anda boleh melakukannya secara berkumpulan di mana semua orang boleh turut serta dan meraih ganjarannya.

4. Latih diri untuk membaca Al-Quran secara konsisten 

Cara, Tips, Khatam, Al Quran, 30 juz, 30 hari

Menentukan cara yang sesuai bagi mencapai matlamat anda memerlukan masa dan usaha. Membiasakan diri untuk membaca Al-Quran setiap hari dengan tujuan untuk mengkhatamkannya mungkin sukar untuk dilakukan selama beberapa hari pertama. Namun, jika anda terus melakukannya, anda akan belajar untuk membina tabiat dan kesabaran. Dalam sebuah hadis, ‘Aisyah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,   

اكلَفوا من العملِ ما تُطيقون ؛ و إنَّ أحبَّ العملِ إلى اللهِ تعالى أَدْوَمُه وإن قَلَّ

"Ambil amalan yang baik sebanyak mana yang kamu mampu sahaja, kerana amalan yang terbaik di sisi Allah s.w.t. adalah yang dilakukan secara konsisten walaupun sedikit."

Seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas, melakukan sesuatu perkara atau amalan secara konsisten amat dihargai dalam Islam sehinggakan Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w. menganggapnya sebagai amalan yang terbaik. Justeru itu, bagi mereka yang ingin dan berusaha untuk mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan, membaca Al-Quran selalu dan secara konsisten amat digalakkan. Teruskan usaha anda, bina tabiat bacaan tersebut dan khatamkanlah Al-Quran. 

5. Dapatkan rakan seperjuangan anda

Cara, Tips, Khatam, Al Quran, 30 juz, 30 hari

Bak kata pepatah, "anda akan menjadi siapa yang anda habiskan masa anda bersama". Dan bersama siapa anda habiskan masa anda dalam perjalanan ini akan memberi impak kepada kesungguhan dan tekad anda untuk merealisasikan keinginan anda untuk mengkhatamkan Al-Quran. Dalam sebuah hadis, Abu Hurayrah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

"Seseorang lelaki berpegang pada agama sahabatnya, maka salah seorang dari kamu lihatlah dengan siapa dia berteman."

(Sunan at-Tirmidhi)

Kehadiran rakan yang tepat adalah untuk memberi motivasi, menyokong dan mengingatkan anda pada bila-bila masa yang anda memerlukannya. 

Rakan-rakan anda boleh berada di kalangan orang-orang yang sentiasa di sisi anda seperti ahli keluarga, pasangan anda atau orang-orang yang anda berinteraksi dengan secara maya melalui WhatsApp dan melalui media sosial. Mereka juga berada di kalangan Asatizah yang boleh dipercayai dan yang anda selesa untuk mendapatkan sokongan.

Hakikatnya, semua orang ingin berusaha dan memperoleh keberkatan bulan Ramadhan. Namun, cabarannya adalah mengambil langkah yang pertama untuk melakukannya. Dan apabila anda hampir sampai ke penghujung perjalanan, ingatlah untuk terus terdorong dan berusaha sehingga anda sampai ke garisan penamat. Ingatlah untuk selesaikan apa yang telah anda mulakan, hanya kerana Allah.

Semoga Ramadan ini menjadi bulan di mana hati-hati kita bertambah dekat dan erat dengan Al-Quran. Semoga Al-Quran menjadi pendamping kita untuk sebelas bulan yang seterusnya sehingga kita bertemu dengan Ramadan pada tahun berikutnya. InsyaAllah.

Dan Allah Maha Mengetahui.

Segarkan ingatan anda tentang Ramadan duas.

 

Subscribe to our newsletter

* indicates required
Topics
All Asnaf Inspiring Muslims Dua Faith Family Ramadan Halal Malay Wakaf Travel Misconceptions
Join our mailing list
SUBSCRIBE