Memohon Kemaafan, Menyebar Keihsanan | Ustaz Nuzhan

by Muslim.Sg 2020-05-25 • 2 min read
Muslim.Sg is a Muslim lifestyle platform that aims to deepen your understanding of faith, in collaboration with the Asatizah Youth Network (AYN). We are part of the Islamic Religious Council of Singapore (Muis).
2020-05-25 • 2 min read

Syawal merupakan bulan di mana kita kunjungi rumah saudara mara, rakan-rakan kita, untuk merapatkan lagi talian silatur rahim sesama kita. Namun, Syawal tahun ini berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Ini disebabkan penularan virus di negara ini.

Keadaan semakin baik tetapi kita masih perlu berwaspada kerana perjuangan masih lagi belum berakhir. Sehinggakan keadaan menjadi pulih seperti sedia kala, selagi itu kita masih terus perlu memainkan peranan masing-masing untuk memelihara kesejahteraan individu serta masyarakat.

Segala langkah yang diambil ini, bukan untuk memudaratkan individu, akan tetapi bagi kebaikan kita bersama. Kita ingin masyarakat kita kekal terpelihara. Kita ingin dan mengharapkan agar kadar jangkitan kekal pada paras yang rendah. Bahkan agar penularan wabak yang berlaku ini dapat dibendung sama sekali.

SalamSG TV Instagram - https://www.instagram.com/salamsg_tv/

#salamsg #salamsgtv #aidilfitri #reflection
Topics
All Asnaf Inspiring Muslims Dua Faith Ramadan Halal Wakaf Lifestyle Misconceptions
Join our mailing list
SUBSCRIBE