Pelonggaran langkah pemutus rantaian jangkitan bukan bermakna berakhirnya COVID-19. Marilah sama-sama kita terus memainkan peranan untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang diperlukan bagi membendung wabak ini. Jangan sama sekali kita leka akan kelonggaran ini, kerana kelekaan kita dapat mengundang bahaya dalam kehidupan kita semua.