Cara Solat Gerhana

by Muslim.Sg 2022-11-07 • 2 min read
Muslim.Sg is a Muslim lifestyle platform that aims to deepen your understanding of faith, in collaboration with the Asatizah Youth Network (AYN). We are part of the Islamic Religious Council of Singapore (Muis).
2022-11-07 • 2 min read

Solat sunnat gerhana dilaksanakan apabila terjadinya gerhana bulan ataupun matahari. Hukumnya adalah sunnah muakkadah dan ia boleh dilakukan secara persendirian atau berjamaah.

Mula solat gerhana dilakukan dengan bermulanya gerhana bulan ataupun matahari. Jika seseorang itu terlepas dari waktu, dan telah selesai gerhana bulan atau matahari maka tidak perlulah diqadha’.

Jika dilakukan secara berjamaah selepas solat, hendaklah imam bangun untuk menyampaikan dua khutbah. Rukun dan syarat khutbah gerhana sama dengan rukun dan syarat khutbah Jumaat.

Terdapat dua cara melakukan solat gerhana. Cara yang ringkas: Hendaklah dilakukan seperti solat sunnat yang lain. Dengan melakukan 2 rakaat beserta satu salam.

Cara yang panjang: Melakukannya sebanyak 2 rakaat. Pada setiap rakaat dilakukan 2 kali ruku’ dan dua kali fatehah. Dimulakan dengan fatehah dan bacaan surah yang panjang kemudian ruku’ dan I’tidal. Setelah itu bacalah surah Alfatehah dan bacaan surah yang panjang juga, kemudian ruku’ dan i’tidal sekali lagi. Kemudian barulah sujud. Cara ini hendaklah dilakukan untuk raka’at yang kedua.

Setelah selesai hendaklah Imam bangun untuk menyampaikan dua khutbah.

Khutbah tersebut boleh didapati menerusi pautan berikut
https://www.muis.gov.sg/-/media/Files/OOM/Khutbah/Malay-Jawi/PDF/2019-Malay/R19Dec26---Khutbah-Gerhana.ashx
Topics
All Asnaf Inspiring Muslims Dua Faith Ramadan Halal Wakaf Lifestyle Misconceptions
Join our mailing list
SUBSCRIBE