collections khutbah Ujian Mendatangkan Kemuliaan di Hari Kemudian
Ujian Mendatangkan Kemuliaan di Hari Kemudian

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

22 Januari 2021 / 9 Jamadilakhir 1442H

Ujian Mendatangkan Kemuliaan di Hari Kemudian

Saudaraku yang dirahmati Allah,

Marilah kita terus bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mulia. Amin.

Saudaraku,

Sebagai seorang hamba di dunia ini, ada masanya kita dikurniakan kesenangan dan kebahagiaan. Namun, ada kalanya juga kita diuji dengan cabaran dan dugaan. Inilah asam garam kehidupan. Adakalanya senang, adakalanya susah.

Dengan itu, marilah sama-sama kita menghayati sebuah hadis qudsi, yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan di dunia ini.

Perhatikan hadisnya yang bermaksud: “Nabi (s.a.w.) bersabda: Allah (s.w.t.) berfirman ‘Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Bersangkalah kepada-Ku apa sahaja yang dia kehendaki.’” (Hadis riwayat Imam at-Tabrani).

Hadis tersebut mengajarkan kita akan kepentingan bagi seorang hamba untuk sentiasa bersangka baik terhadap Tuhan, serta melihat setiap ketentuan-Nya dengan kaca mata yang positif. Ia tidak kira sama ada apabila dikurniakan kesenangan, mahupun apabila dihadapi cabaran.

Meskipun itu saudara, apabila seorang Mukmin berada dalam kesusahan dan keperitan, dia tidak akan sesekali bersangka buruk terhadap Tuhan, ataupun merasakan bahawa Tuhan tidak bersamanya. Ini kerana dia meyakini bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Memelihara (Al-Wakil). Tuhan tidak akan biarkan kita bersendirian, selagimana kita sentiasa mengingati-Nya dan bersangka baik terhadap-Nya.

Inilah pegangan yang perlu disemai dalam diri kita saudara. Dalam apa jua keadaan yang kita akan hadapi, kita perlu sentiasa bersangka baik dan terus yakin kepada Tuhan. Hayatilah firman Allah (s.w.t.) di dalam surah at-Taubah ayat 59 yang berbunyi:

Yang bermaksud: “Dan sekiranya mereka benar-benar redha dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan Rasul-Nya, dan berkata, ‘Cukuplah Allah bagi kami’, Allah dan Rasul-Nya akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah.”

Saudaraku,

Setiap ujian dan cabaran yang kita lalui, yakinlah bahawa ia akan mendatangkan kemuliaan di hari kemudian. Ia turut akan menjadikan kita seorang insan yang lebih baik dari hari yang sebelumnya, lebih berdaya tahan dan bersabar.

Lihat sahaja keadaan yang kita hadapi sekarang ini. Ia telah mengajar kita untuk sentiasa berusaha mencari jalan keluar bagi setiap keadaan. Justeru itu, kita lebih menghargai masa dan kesempatan apabila kita dapat menghadiri ke masjid, mengambil berat tentang kesihatan fizikal dan mental, bersatu padu dalam membuat penyesuaian demi kesejahteraan masyarakat, menghargai petugas barisan hadapan, dan lain-lain lagi.

Oleh itu saudara, ia sangat penting bagi setiap di antara kita untuk sentiasa bersangka baik terhadap ujian yang dihadapi. Kita perlu melihatnya sebagai satu peluang untuk terus memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Tambahan itu, Nabi (s.a.w.) juga pernah mengingatkan kita bahawa apabila Tuhan inginkan kebaikan buat hamba-Nya, Tuhan akan mengujinya. (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Marilah sama-sama kita terus bersangka baik terhadap Tuhan dan terus berdoa kepada-Nya. Yakinilah bahawa Tuhan pasti akan mengurniakan bantuan serta rahmat-Nya buat hamba-Nya yang beriman.

Semoga Allah (s.w.t.) meringankan segala urusan kita di dunia ini. Dan melapangkan hati-hati kita untuk menerima ujian dengan hati dan minda yang terbuka. Mudah-mudahan dengannya, Allah (s.w.t.) akan memberkati kehidupan dan menggolongkan kita di kalangan hamba-hamba Allah yang meraih tempat di syurga-Nya. Amin. Ya Rabbal ‘Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

Khutbah Kedua

 

الْحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ الْعَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الْأَحْيَاءِ مِنهُم وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالْمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ الْبُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ الْعَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ، وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ  يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.