Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
7 Mac 2025 / 6 Ramadan 1446H
Ramadan Mendidik Muraqabah dan Ihsan
Bertakwalah kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar takwa. Taati segala perintah-Nya, dan jauhi segala tegahan-Nya. Lakukanlah ibadah puasa, solat, tilawah dan qiyam dengan sebaiknya. Moga keredaan Allah s.w.t. sentiasa mendampingi kita. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Bulan Ramadan kembali, menghidupkan hati yang merindukan keampunan. Ia menyuntik ketenangan jiwa, dan menyuburkan lagi benih-benih takwa. Penuhkanlah bulan ini dengan ibadah dan ketaatan, dan pastikan perilaku kita mencerminkan keimanan. Semoga penghujung perjalanan ini diserikan dengan lailatul qadar dan keberkatan.
Saudaraku, khutbah pada hari ini akan berbicara tentang nilai muraqabah dan ihsan, serta kaitannya dengan ibadah puasa.
Tuan-tuan, dimanakah terletak keistimewaan ibadah puasa? Berbanding ibadah yang lain, benarkah puasa merupakan ibadah rahsia? Demikianlah menurut para ulama silam. Ini kerana hanya Allah ‘Azza wa Jalla sahaja yang mengetahui sama ada kita benar-benar berpuasa; bukan sahaja dari makan dan minum, tetapi juga dari sudut penglihatan, pertuturan, dan anggota badan yang lain, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Oleh itu, ibadah puasa menuntut keikhlasan dan kesedaran bahawa Allah s.w.t. sentiasa mengawasi setiap tingkah-laku kita. Inilah yang disebut sebagai nilai muraqabah – merasakan diri diawasi oleh Allah dalam setiap keadaan dan ketika.
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq, ayat ke-14:
Yang bermaksud: “Tidakkah dia tahu bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala perbuatannya)?”
Jika kita memiliki sifat muraqabah, kita akan cuba untuk memperbaiki diri dan perbuatan, walaupun di luar pengetahuan manusia. Ia amat berkait rapat dengan nilai ihsan, malah merupakan langkah pertama untuk mencapainya.
Apakah pula erti ihsan? Untuk menjawab soalan ini, perhatikan sabda Rasulullah s.a.w.:
Yang bermaksud: “(Ihsan adalah) beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, namun jika kamu tidak dapat melihat-Nya, ketahuilah bahawa Dia sentiasa melihatmu." (AlBukhari dan Muslim)
Ihsan membawa maksud berkelakuan sebaik mungkin dalam setiap perkara, kerana didorong oleh kesedaran bahawa Allah s.w.t. adalah Ar-Raqīb, yang sentiasa mengawasi kita.
Muraqabah dan ihsan adalah dua nilai yang saling berkait. Apabila pengawasan Allah (muraqabah) dirasai dan dijiwai, ia menghalang kita daripada melakukan dosa dan kesalahan dengan sengaja. Pada masa yang sama, kita akan berusaha untuk melakukan setiap perkara dengan cara yang terbaik (ihsan). Ini berlaku dalam ibadah, interaksi sesama makhluk, malah dalam semua aspek kehidupan.
Ayuh kita berazam dan berusaha, melalui latihan ibadah puasa pada bulan ini, agar nilai muraqabah dan ihsan dapat diterapkan dalam kehidupan seharian kita, termasuk dalam 4 lapangan berikut:
Muraqabah membentuk peribadi Mukmin yang terbaik. Kita menyantuni keluarga dengan penuh kasih sayang, kejujuran, dan tanggungjawab. Kita tidak menganiaya, mengguris perasaan, atau mengabaikan mereka. Kita membantu kaum kerabat yang berada dalam kesulitan, kerana mungkin kita diberikan sedikit kelebihan nikmat oleh Allah. Apa yang penting adalah kesedaran bahawa kita sendiri bergantung kepada bantuan Allah.
Muraqabah menjadikan kita individu yang bersikap adil dan peduli terhadap sesama manusia. Kita meleraikan perbalahan, membantu golongan yang memerlukan, dan tidak meremehkan masalah yang dihadapi orang lain. Kita menjaga kebersihan alam sekitar, menolak pencemaran, tidak boros dalam berbelanja, tidak berlebihan sehingga membazir makanan dan minuman, terutama di bulan Ramadan. Kita juga berhemat dalam penggunaan sumber air, termasuk apabila berwuduk.
Muraqabah menjadikan kita pekerja yang jujur, berdisiplin, dan bertanggungjawab. Kita menyelesaikan tugas tepat pada waktu, tidak “mencuri tulang”, dan tidak menyalahgunakan kuasa. Kita percaya bahawa bersikap ihsan dalam pekerjaan (yakni melakukan tugas dengan sebaik mungkin) membawa keberkatan dan kejayaan.
Seorang Mukmin yang memiliki sifat muraqabah menghadapi ujian hidup dengan sabar dan tawakal. Ia membantu mengatasi rasa kekosongan, kerana yakin bahawa Allah sentiasa mendampingi dan memberikan jalan keluar. Kita tetap cekal ketika dihimpit masalah kewangan, diduga dengan penyakit, atau kehilangan orang yang dicintai. Kita menjadi hamba yang lebih bersyukur apabila urusannya diringankan. Kesimpulannya, ujian yang dihadapi dengan muraqabah dan ihsan menjadi peluang untuk meningkatkan, bukan melunturkan, keimanan.
Bersamalah menjadikan Ramadan sebagai medan latihan untuk meningkatkan muraqabah dan ihsan. Moga Allah s.w.t. memberikan kita petunjuk dan kekuatan, supaya kita dapat melaksanakan sebaik-baik amalan.
Ya Allah, Ya Rahmān, Ya Rahīm, naungilah kami dalam rahmat dan kasih sayang-Mu. Ya Fattāh Ya ‘Alīm, lapangkanlah hati kami untuk menerima hidayah-Mu. Ya Raqīb Ya Muhsin, kurniakanlah muraqabah dan ihsan yang memandu kami ke jalan-Mu. Ya Tawwāb Ya Ghaffār, sucikanlah kami pada bulan ini dari dosa dengan keampunan-Mu. Ya Muhyī Ya Mumīt, hidupkanlah kami dengan keimanan, akhiri hayat kami dalam keadaan beriman, dan masukkanlah kami ke dalam syurga-Mu nanti dalam keimanan. Amin, ya Mujības-Sā’ilīn.
أقُ وْلُ قَ وْيلِ هَذَا وَأسْتَ غيفرُ اللهَ العَ يظيْمَ يلِ وَلكُمْ، فاسْتَ غيفرُوهُ إينهُ هُوَ الغفُوْرُ الريحيْم.
KHUTBAH KEDUA
الحَمْدُ يلله حََدًا كَثييرا كَمَا أمَرَ، وَأشْهَدُ أن لََ إيلهَ إيلََّ اللهُ وَحْدَهُ لََ شَيريكَ لهُ، وَأشْهَدُ أنَّ سَيي دَنََ مَُُمَّدًا عَبْدُهُ وَرسُولهُ. اللهُمَّ صَي ل وَسَلي مْ عَلى سَيي يدنََ مَُُمَّدٍ وَعَلى آلييه وَأصْحَابييه أجْْيعينَ. أمَّا بَ عْدُ، فَ يا يعبادَ الله، ايتَّ قُوا اللهَ تَ عَالََ يفيمَا أمَرَ، وَانتَ هُوا عَمَّا نََاكُم عَنْهُ وَزجَرَ.
ألََ صَلوا وَسَلي مُوا عَلى النيي ب المُصْطفَى، فَ قَدْ أمَرَنََ اللهُ بيذَليكَ حَيْثُ قال يفِ كيتابييه العَيزييز: إينَّ اللهَ وَمَلََئيكَتهُ يصَلونَ عَلى النيي ب يَ ا أيُّ هَا اليذينَ ءَامَنوا صَلوا عَلييه وَسَلي مُوا تسْلييمًا. اللهُمَّ صَي ل وَسَلي مْ وَبََيركْ عَلى سَيي يدنََ مُُمَّدٍ وَعَلى آيل سَيي يدنََ مُُمَّدٍ.
وَارضَ اللهُمَّ عَ ين الخلفَايء الرايشيدينَ المهْيديي ينَ سَادَاتينَا أيبِ بكْرٍ وَعمَرَ وَعثمَانَ وَعَلي ي ي، وَعَن بيقيية الصَّحَابية وَالقَرابية وَالتابييعينَ، وَتََبييعي التابييعينَ، وَعَنا مَعَهُم وَيفييهم بيرَحَْتيكَ يََ أرحَ مَ الراييحَينَ.
اللَّهُمَّ اغْيفرْ ليلمُؤْيمنيينَ وَالمؤْيمنا يت، وَالمسْلييمينَ وَالمسْليمَا يت، الأحْيايء يمنهُم وَالأمْوَا يت.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bersyukur di atas anugerah peluang bertemu bulan rahmat dan pengampunan ini. Izinkanlah kami mengemis secebis rahmat dan maghfirah-Mu Ya Rahman, ampunilah dosa dan kesilapan kami Ya Ghafur. Lanjutkan hembusan nafas kami, agar dapat menyempurnakan tuntutan Ramadan, dan dapat menjadikannya sesempurna Ramadan, yang penuh dengan amal kebajikan, peribadatan, keikhlasan, pengampunan, penyucian rohani, dan pembebasan dari belenggu nafsu dan hasutan syaitan. Supaya kami menjadi hamba-Mu yang layak menghuni syurga-Mu yang dijanjikan bagi golongan yang beriman.
Di bulan yang penuh berkat ini, kami memohon belas-Mu Ya Latif, agar Engkau bukakan pintu-pintu kesejahteraan dan keamanan bagi penduduk Palestin saat ini, dan bagi semua umat Nabi Muhammad s.a.w. yang sedang dicengkam kegusaran, ketakutan dan kezaliman.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat, dan peliharalah kami dan mereka yang kami sayangi daripada azab neraka-Mu.
يعبادَ يالله، إينَّ اللهَ يََمُرُ يبَلعَدْيل وَا يلإحْسَاين وَإييتايء يذي القُرْبََ، وَيَ نْ هَى عَ ين الفَحْشَايء وَالمنكَير وَالبَ غ يي، ييعظكُمْ لعَلكُمْ تذكَّرُونَ، فاذكُرُوا اللهَ العَ يظيمَ يذكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلى نيعَيميه ييزدكُمْ، وَاسْألوهُ يمن فضْلييه يُ عْ يطكُم، وَليذكْرُ يالله أكْبََُ، وَاللهُ يَ عْلمُ مَا تَصْنَ عونَ.