Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
19 Ogos 2022 / 21 Muharram 1444H
Peranan Ibu Ayah Dalam Membentuk Identiti Anak
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang mulia. Amin.
Saudara dan saudari,
Anak-anak merupakan amanah Allah. Mendidik mereka dengan ilmu agama merupakan di antara tanggungjawab ibu bapa dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Pendidikan awal anak-anak bermula dari rumah sendiri. Itulah tempat yang pertama mereka mempelajari ilmu dan kehidupan.
Jika kita merujuk kepada Al-Quran, terdapat beberapa kisah yang menggambarkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka.
Sebagai contoh, kisah Luqman al-Hakim. Allah merakamkan beberapa nasihat dan pelajaran yang wajar diambil daripadanya. Seperti nasihat beliau kepada anaknya untuk sentiasa mentaati Allah (s.w.t.) Allah (s.w.t.) berfirman:
Yang bermaksud: “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah (ke arah) berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang diambil berat melakukannya.” (Surah Luqman:17).
Saudara dan saudari,
Kisah ini, dan pelbagai lagi kisah pendidikan golongan muda yang dipaparkan di dalam Al-Quran, membuktikan bagaimana pentingnya kedua ibu bapa untuk sentiasa menjaga kemaslahatan anaknya, serta berusaha untuk mencorak peribadi dan pemikirannya.
Kerana sekiranya seorang anak itu dibiarkan membesar dalam sekitaran dan kebiasaan yang dipengaruhi oleh perkara-perkara yang kurang elok, nescaya hal tersebut akan menjadi norma kebiasaan hidup ketika ia membesar. Bak kata pepatah: “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”.
Saudaraku,
Kisah nasihat Luqman yang dipaparkan di atas jelas menunjukkan bagaiman Luqman menitikberatkan pendidikan dan penghayatan nilai-nilai agama dalam membimbing anaknya. Ini adalah kerana penghayatan nilai-nilai agama yang benar dan murni memainkan peranan yang penting dalam membentuk perwatakan dan keperibadian seorang Muslim sejati.
Sejajar dengan matlamat pendidikan dan pembangunan ini, maka perlulah kita pastikan bahawa pendidikan yang diterima oleh anak-anak kita sejajar dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai syariat dan sesuai dengan tahap kefahaman dan fitrah keperibadian anak tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anak tersebut seorang lelaki, maka ia hendaklah dilayan sebagai seorang anak lelaki. Maka, tidak sepatutnya dipakaikan dengan pakaian anak perempuan. Begitu juga sebaliknya.
Diriwayatkan daripada Sayyidah A’ishah (r.a.) bahawa: “Dahulu aku sering bermain dengan boneka anak perempuan di sisi Nabi (s.a.w.). Dahulu aku juga memiliki teman-teman yang biasa bermain dengan-ku. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).
Imam Qadi al-‘Iyadh mengatakan bahawa permainan boneka tersebut dibolehkan bagi Sayyidah Aisyah (r.a.) untuk melatih beliau dengan sesuatu yang sesuai dengan fitrahnya sebagai seorang perempuan ketika membesar.
Saudara saudari,
Selain dari pembentukan anak-anak ketika berumur kecil, terdapat satu lagi tahap umur yang amat dititikberatkan Islam, iaitu ketika anak-anak berada pada tahap usia remaja. Ini adalah kerana pada usia itu, tahap kekuatan dan keyakinan berada di peringkat yang paling tinggi.
Usia remaja, merupakan satu usia yang mana seseorang perlu mula bertanggungjawab di atas segala kelakuannya. Kerana sewaktu usia remaja, banyak keputusan yang dibuat pada peringkat umur ini. Zaman remaja juga merupakan waktu paling cerdas pemikiran dan semangat mencuba yang berkobar-kobar, serta kecekalan hati untuk mengambil risiko. Itulah zaman kekuatan manusia yang sepatutnya digunakan untuk memanfaatkan kehidupannya dan kehidupan alam sekelilingnya.
Sebagaimana yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri agar kita merebut lima perkara sebelum datang lima keadaan. Antaranya adalah untuk memanfaatkan masa muda, sebelum datangnya usia tua. (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Maka perhatikanlah agar keperluan keagamaan anak remaja anda sentiasa dipenuhi, lebih khusus lagi ketika mereka berada pada usia remaja. Semoga Allah (s.w.t.) memberikan kita taufiq dan hidayah dalam mendidik anak-anak kita dan menjaga mereka daripada segala anasir-anasir yang tidak selari dengan ajaran Islam. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم
Khutbah Kedua
الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.
أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.