Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
17 November 2023 / 3 Jamadil Awal 1445H
Nilai Keihsanan Dalam Kehidupan Seorang Muslim
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah (s.w.t.) dengan menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita dapat menghidupkan nilai keihsanan dan memberi kemanfataan kepada manusia seluruhnya. Amin.
Para jemaah yang dihormati,
Ihsan, sering kali diungkapkan dan diterjemahkan sebagai "melakukan kebaikan" atau "mengungkapkan kebaikan hati dengan melaksanakan amal kebajikan". Ihsan juga boleh membawa erti – melakukan sesuatu perkara atau amalan dengan cemerlang. Ihsan bukan hanya dizahirkan melalui ibadah ritual, bahkan ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan menyebarkan kebaikan kepada seluruh ciptaan Allah, termasuk haiwan, alam sekitar, dan manusia seluruhnya. Ia adalah suatu nilai yang menyeluruh yang dapat memberi kesan kepada seluruh aspek kehidupan kita.
Pada kesempatan hari ini, khatib ingin mengajak para jemaah sekalian untuk menghayati sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Allah (s.w.t.) berfirman pada hari kiamat:
يا ابْنَ آدَمَ، مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي، قالَ: يا رَبِّ، كيفَ أعُودُكَ وأَنْتَ رَبُّ العالَمِينَ؟ قالَ: أَمَا عَلِمْتَ أنَّ عَبْدِي فُلانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ؟ أمَا عَلِمْتَ أنَّكَ لو عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ؟
Yang bermaksud: "Wahai anak Adam, Aku telah sakit, namun engkau tidak menjenguk-Ku." (Hamba itu) berkata: Wahai Tuhanku, bagaimana aku menziarahi-Mu sementara Engkau adalah Tuhan sekalian alam. Allah menjawab, "Tidakkah engkau tahu bahawa hamba-Ku si fulan telah jatuh sakit, dan engkau tidak menziarahinya? Tidakkah engkau tahu bahawa jika engkau menziarahinya, engkau akan menemui Aku (yakni ganjaran-Ku) ada disisinya?".
Hadis ini memaparkan betapa istimewanya sikap belas kasihan, keprihatinan dan kebaikan terhadap orang lain. Perbuatan baik, belas kasihan serta keprihatinan terhadap penderitaan dan kesengsaraan kehidupan orang lain adalah sikap yang amat disenangi dan disukai Allah (s.w.t.), Allah (s.w.t.) akan mengurniakan ganjaran yang istimewa buat hamba-Nya yang memiliki sikap ini.
Saudara-saudari yang dikasihi,
Pada masa ketika ini, kita menyaksikan krisis kemanusiaan yang masih melanda Timur Tengah. Sebagai masyarakat dunia, kita tidak reda dengan sebarang tindakan yang tidak berperikemanusiaan terhadap mana-mana insan sekalipun. Kita terkesan serta sedih menyaksikan perkembangan ini. Kita bersimpati dengan nasib individu, keluarga, anak-anak kecil yang terjejas dengan konflik ini.
Pada kesempatan ini, ingin saya berkongsi dengan para jemaah sekalian dua aspek ihsan yang boleh kita amalkan.
Yang pertama: Sungguhpun usaha kita terbatas untuk mengubah konflik yang sedang berlaku. Sebagai seorang yang beriman, jangan sekali-kali kita ini berputus asa daripada menadah tangan, memohon bantuan dan perlindungan daripada Allah (s.w.t.). Firman Allah (s.w.t.):
Yang bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir, ayat 60)
Maka teruslah berdoa kepada Allah (s.w.t.) semasa senang atau susah, secara sendirian atau berjemaah. Ini kerana Allah (s.w.t.) pasti akan mengabulkan permohonan hambanya, selagimana hamba-Nya itu tidak berputus asa berdoa dan meyakini akan bantuan-Nya. Rasulullah (s.a.w.) bersabda:
لاَ يَقُلْ أَحَدُكُمُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ، ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ، ارْزُقْنِي إِنْ شِئْتَ، وَلْيَعْزِمْ مَسْأَلَتَهُ، إِنَّهُ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ، لاَ مُكْرِهَ لَهُ
Yang bermaksud: “Jangan ada yang berkata: 'Ya Allah! Ampunilah aku jika Engkau menghendaki, limpahkan rahmat-Mu jika aku menghendaki, kurniakanlah kepadaku rezeki jika Engkau menghendaki. Akan tetapi hendaklah dia bersungguh-sungguh dalam permintaannya, kerana Allah melakukan apa yang Dia kehendaki, dan tidak ada yang dapat memaksa-Nya.” (Hadis riwayat Imam Bukhari).
Saudara dan Saudari yang dikasihi,
Aspek keihsanan yang kedua adalah dengan cara menghulurkan sumbangan kepada Tabung RLAF bagi Bantuan Kemanusiaan di Gaza. Sumbangan boleh dihulurkan secara dalam talian melalui lelaman sesawang RLAF. Tarikh tutup untuk kita menyumbang adalah pada hari ini, sebelum tengah malam. Sama-samalah kita memanfaatkan peluang untuk menghulurkan sumbangan derma semampunya bagi tabung bantuan kemanusiaan ini.
Ingatlah para jemaah sekalian, tiada sumbangan yang kecil mahupun yang besar di sisi Tuhan, melainkan dikurniakan ganjaran serta pahalanya. Kita berdoa kepada Allah (s.w.t.) agar Dia mengembalikan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan kepada Palestin. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم
الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.
أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.