collections khutbah Adab Berpuasa di Bulan Ramadan
Adab Berpuasa di Bulan Ramadan

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat 

28 Februari 2025 / 29 Syaaban 1446H

Adab Berpuasa di Bulan Ramadan

 

Zumratal Mukminin Rahimakumullah,

Marilah kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar takwa. Taati segala perintah-Nya, dan jauhi segala larangan-Nya. Perbaiki adab dan tingkah laku kita dalam setiap perkara. Semoga Allah mengurniakan keredaan-Nya kepada kita semua. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

Sidang Jemaah yang budiman, 

Bulan Ramadan al-Mubarak bakal menyapa kita tidak lama lagi. Kehadirannya akan menyuburkan ketandusan di dalam hati, dan meniupkan nafas iman di sanubari. Hampir setahun jenuh dinanti, bakal kembali, memujuk diri agar senantiasa diperbaiki.

Andainya Ramadan sering dikaitkan dengan rasa lapar dan dahaga, usahlah ia dijadikan satu-satunya perkara yang kita perolehi pada bulan Ramadan kali ini.

Saudaraku, perhatikan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barangkali, orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya, melainkan rasa lapar. Dan barangkali, orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-

apa      daripada      qiyamnya,      melainkan      hanya       berjaga

malam.” (Riwayat Ibn Majah)

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Mungkin kita menganggap puasa kita terlaksana, apabila berjaya menahan diri daripada perbuatan yang membatalkan puasa, seperti makan dan minum, selama hampir 13 jam sehari. 

Namun, secara sedar atau tidak, andai kita masih melakukan perkara-perkara yang merosakkan pahala puasa, meskipun ia tidak membatalkannya, maka tergolonglah kita dalam kalangan mereka yang digambarkan dalam hadis tadi, yakni yang tidak mendapatkan apa-apa daripada ibadah puasa kita, melainkan rasa lapar dan dahaga. 

Di sinilah terletaknya keutamaan adab dalam beribadah, khususnya dalam ibadah puasa, yang kita lakukan demi mendapatkan keredaan Allah.

Imam Ibn Al-Qayyim r.h. pernah membahaskan bahawa adab kepada Allah merangkumi tiga perkara:

  1. Memelihara muamalat (ibadah) terhadap Allah agar ia tidak dicemari dengan kekurangan.
  2. Memelihara hati agar ia tidak berpaling kepada selain Allah.
  3. Memelihara kehendak (keinginan) agar ia tidak terikat dengan perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Di ambang bulan Ramadan ini, sebelum kita mula bermujahadah melawan nafsu menerusi ibadah puasa, izinkan mimbar menyampaikan dua peringatan mesra berikut:

Pertama: Tinggalkan Tabiat Buruk

Ramadan adalah masa terbaik untuk membuang tabiat buruk, seperti mengumpat, menyebarkan fitnah dan berita yang tidak sahih, bertengkar, bermusuhan dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang di antara kalian sedang berpuasa, maka janganlah dia berkata kotor atau berkelakuan buruk. Jika ada seseorang yang mencaci maki atau mengajaknya bertengkar, maka hendaklah dia berkata: ‘إِ  نيِ صِاِ ئم  - Aku sedang berpuasa.’” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Selari dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Isra’, ayat 53:

 

Yang bermaksud: “Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, agar mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya, syaitan menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh nyata bagi manusia.”

Selain itu, adab berpuasa juga menuntut kita menjaga anggota tubuh yang lain. Mata perlu dijaga daripada melihat perkara yang haram atau tidak wajar, termasuklah di wadah media sosial yang sering menjadi tatapan. Telinga perlu dijaga daripada mendengar perkara-perkara yang melalaikan. Tangan perlu dijaga daripada menyebabkan kerosakan dan kesakitan.

Kedua: Mengatur Masa dan Memperbanyakkan Amal Soleh

Ramadan al-Mubarak adalah bulan yang penuh dengan peluang melipatgandakan pahala amalan soleh. Kebiasaannya, badan kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin baharu, seperti bangun awal untuk bersahur dan beribadah di malam hari. Yang demikian, kita mesti bijak mengatur masa dan menyesuaikan diri. Sekiranya gagal, dikhuatiri kita terjebak pula dalam perangkap bermalas-malasan.

Terdapat anjuran daripada sunnah, agar kita mengorbankan sedikit masa tidur dan rehat untuk tujuan beribadah. Dalam sepotong hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba-Ku pada hari Kiamat. Puasa berkata: ‘Wahai Tuhanku, aku telah menahannya dari makan dan syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.’ Al-Quran pula berkata: ‘Aku telah menahannya dari tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.’ Lalu keduanya diizinkan memberi syafaat.” (Riwayat Ahmad)

Oleh itu, marilah kita mengatur masa dengan bijak. Gunakan waktu siang untuk bekerja dan beribadah mengikut kemampuan, manakala malamnya untuk mendirikan solat tarawih, bertadarus, dan mendirikan qiyamullail. Jadikanlah Ramadan kali ini pemangkin yang menghidupkan jiwa dan nurani yang mendambakan keakraban kepada Allah. 

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita mengharungi bulan Ramadan dengan penuh keinsafan dan persiapan. Jangan biarkan puasa kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi jadikanlah ia medan latihan untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ketakwaan.

Dengan menjaga adab-adab berpuasa, mudah-mudahan, Ramadan kali ini menjadi titik perubahan buat kita semua. Semoga Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan jasmani dan rohani, serta menerima segala amal ibadah yang bakal kita lakukan. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

أقُ وْلُ قَ وْيلِ هَذَا وَأسْتَ غيفرُ اللهَ العَ يظيْمَ يلِ وَلكُمْ، فاسْتَ غيفرُوهُ إينهُ هُوَ الغفُوْرُ

الريحيْم

KHUTBAH KEDUA

الحمْدُ يلله حََدًا كَثييرا كَمَا أمَرَ، وَأشْهَدُ أن لََ إيلهَ إيلََّ اللهُ وَحْدَهُ لََ شَيريكَ لهُ، وَأشْهَدُ أنَّ سَيي دَنََ مَُُمَّدًا عَبْدُهُ وَرسُولهُ. اللهُمَّ صَي ل وَسَلي مْ عَلى سَيي يدنََ مَُُمَّدٍ وَعَلى آلييه وَأصْحَابييه أجْْيعينَ. أمَّا بَ عْدُ، فَ يا يعبادَ الله، ايتَّ قُوا اللهَ تَ عَالََ يفيمَا أمَرَ، وَانتَ هُوا عَمَّا نََاكُم عَنْهُ وَزجَرَ .

ألََ صَلوا وَسَلي مُوا عَلى النيي ب المُصْطفَى، فَ قَدْ أمَرَنََ اللهُ بيذَليكَ حَيْثُ قال يفِ كيتابييه العَيزييز: إينَّ اللهَ وَمَلََئيكَتهُ يصَلونَ عَلى النيي ب يَ ا أيُّ هَا اليذينَ ءَامَنوا صَلوا عَلييه وَسَلي مُوا تَسْلييمًا. اللهُمَّ صَي ل وَسَلي مْ وَبََيركْ عَلى سَيي يدنََ مُُمَّدٍ وَعَلى آيل سَيي يدنََ مُُمَّدٍ. 

وَارْضَ اللهُمَّ عَ ين الخلفَايء الرايشيدينَ المهْيديي ينَ سَادَاتينا أيبِ بكْرٍ وَعمَرَ وَعثمَانَ وَعَلي ي ي، وَعَن بيقيية الصَّحَابية وَالقَرابية وَالتابييعينَ، وَتََبييعي التابييعينَ، وَعَنا مَعَهُم وَيفييهم بيرَحَْتيكَ يََ أرحَمَ الراييحَينَ. 

اللَّهُمَّ اغْيفرْ ليلمُؤْيمنيينَ وَالمؤْيمنا يت، وَالمسْلييمينَ وَالمسْليمَا يت، الأحْيايء يمنهُم وَالأمْوَا يت. اللهُمَّ ارحََنا وَارحَمْ وَالييدينَ ا وَارحَمْ أمَّ ةَ نبييي نا مُُمَّدٍ أجْْيع ينَ. اَللهُمَّ أصْليحْ ولََةَ أمُوْيرنََ،  وََويف قْهُمْ ليمَا يفيْيه  صَلََحُ الأُ مَّية أجْْيع ينَ. اللهُمَّ وَي ل أمُوْرنََ يخيارنََ، وَلََ تُ وَي ل أمُوْرنََ يشرَارنََ، وَارفعْ مَقْتكَ وَغضَبكَ عَنا، وَلََ تسَلي طْ عَليْ نا بيذُنوبينا مَنْ لََ يََافكَ وَلََ يَ رْحََُنا، وَحَ  يولْ حَالنا إيلََ أحْسَ ين الْأحْوَايل، وَفَ  يرجْ مَا نَ زَلَ بينا يمنَ الْأهْوَايل، بيرَحَْتيكَ يََ أرحَمَ الراييحَينَ . اللهُمَّ اجْ عَ لْ  هَ  ذَ ا البَ   لَدَ   وَسَ ا ئيرَ  ا ل بيلََ يد  عَامَّ ةً آيم ناً مُ  طْمَ  ئينا  سَ خَ اءً  رَ خَاءً بيقُدْرتيكَ يََ ربَّ العَاليمينَ . اللهُمَّ انصُرْ إيخْوَانَ نا المسْتضْعَيفيْنَ يفِ غز ةَ وَيفِ يفيلسْ يطينَ، وَيفِْ كُي ل مَكَانٍ يََ أرحَمَ الراييحَينَ. اللهُمَّ ب يدلْ خَوْفَ هُمْ أمْنا، وَحُزْنََمْ فَ رحًا، وَهََهُمْ فَ رجًا، يََ ربَّ العَاليمينَ. رََّب نا آتينا يفِ الدُّنيا حَسَنةً، وَيفِ الآيخرَية حَسَنةً، وَيقنا عَذَابَ الناير. 

يعبادَ يالله، إينَّ اللهَ يََمُرُ يبَلعَدْيل وَا يلإحْسَاين وَإييتايء يذي القُرْبََ، وَيَ نْ هَى عَ ين الفَحْشَايء وَالمنكَير وَالبَ غ يي، ييعظكُمْ لعَلكُمْ تذكَّرُونَ، فاذكُرُوا اللهَ العَ يظيمَ يذكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلى نيعَيميه ييزدكُمْ، وَاسْألوهُ يمن فضْلييه يُ عْ يطكُم، وَلَيذكْرُ يالله أكْبََُ، وَاللهُ يَ عْلمُ مَا تَصْنَ عونَ.