Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
6 Oktober 2023 / 20 Rabiulawal 1445H
Mengikuti Jejak Langkah Nabi: Menjaga Nikmat Diberikan
Sidang jumaat yang dikasihi Allah
Marilah sama-sama kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah (s.w.t) dengan mematuhi segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita menjadi hamba-hamba-Nya yang dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Amin.
Saudara Saudari,
Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menjadikan Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita. Dan semestinya ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan kita. Baik keperibadian, etika kehidupan, kerohanian hatta dalam urusan seharian kita. Pada khutbah hari ini, marilah sama-sama kita mengambil pengajaran, melihat bagaimana Baginda (s.a.w) berurusan dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah (s.w.t) yang Maha Pengasih.
Peristiwa ini mendidik kita untuk membentuk peribadi yang sentiasa bersyukur, merendah diri serta memupuk dalam diri kita sikap murah hati.
Perhatikan hadis Sayyidah Aisyah (r.a) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا صَلَّى قَامَ حَتَّى تَفَطَّرَ رِجْلاَهُ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَصْنَعُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ " يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
Yang bermaksud: “Apabila Rasulullah (s.a.w) melakukan solat, Baginda sentiasa berdiri sehingga kaki beliau bengkak. Sayyidah Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, Mengapa Engkau melakukan ini sedangkan Allah telah mengampuni dosa kamu yang telah berlalu dan yang kemudian. Beliau bersabda: "Apakah aku tidak patut menjadi hamba yang bersyukur?"
Subhanallah! Meskipun Allah (s.w.t) telah meletakkan Baginda pada kedudukan yang tinggi. Namun Baginda (s.a.w) tetap merendahkan diri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan amalan ibadahnya. Kerana Rasulullah (s.a.w) mengenali dan menghargai setiap nikmat yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah (s.w.t). Peristiwa ini bukan sahaja untuk kita merasa kagum akan cara Baginda (s.a.w) mensyukuri nikmat. Bahkan ia sebenarnya mengajar kita cara menjalani kehidupan dengan penuh makna dan kemuliaan.
Saudaraku,
Allah (s.w.t) berfirman:
Yang bermaksud: “Dan setiap nikmat yang ada pada kamu maka ia adalah dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meraung meminta pertolongan.” [Al-Nahl: 53].
Ayat ini memberi peringatan akan suatu hakikat kehidupan: Iaitu setiap nikmat yang kita miliki, kesemuanya itu bersumber daripada Allah (s.w.t). Hakikat ini memberi kepada kita penegasan bahawa kejayaan kita, kesihatan, keluarga, harta, bahkan setiap keindahan alam ini terzahir daripada kasih sayang serta rahmat Allah kepada kita.
Di dalam kehidupan seharian kita, kadangkala kita mudah terlupa akan fakta serta realiti ini, bahawa setiap nikmat, setiap kebaikan, setiap kebahagian dan segala yang kita kecapi adalah anugerah daripada Allah (s.w.t)
Saudara Saudari,
Kepercayaan ini memberi suatu implikasi yang sangat mendalam bagi kehidupan kita. Ia menanam sikap bersyukur yang bukan sekadar diungkapkan di bibir sahaja. Malahan, ia mendorong kita untuk merenung dan bermuhasabah akan segala nikmat yang kita perolehi yang tidak terhitung nilainya. Pada waktu yang sama, ia mengajar kita untuk meluahkan dan melafazkan rasa kesyukuran kita melalui setiap tingkah laku kita.
Janganlah menjadikan perasaan syukur itu sebagai satu sentimen semata-mata. Sebaliknya, jadikan ia sebagai cara kita menjalani kehidupan kita yang mengenali kemurahan hati Allah (s.w.t)
Sebagai Mukmin, menjadi tanggungjawab kita untuk menzahirkan rasa kesyukuran kita dengan memanfaatkan setiap pemberian itu dengan cara yang diredai Allah. Kita mesti sentiasa ingat bahawa Allah (s.w.t) maha berkuasa di atas setiap pemberian-Nya. Dan kita mengecapi segala nikmat ini hanya kerana rahmat-Nya.
Maka dalam usaha kita untuk mencari mata pencarian, janganlah sekali-kali kita lupa bahawa usaha kita sahaja mencukupi. Kita perlu menyerahkan hati kita dengan sepenuhnya kepada Allah (s.w.t) serta sentiasa merendah diri. Kerana sikap ini mendidik diri kita untuk memanfaatkan setiap anugerah yang diberikan dengan sebaiknya kerana diri kita menyedari bahawa segalanya adalah milik Allah (s.w.t).
Maka mukmin yang bersyukur, sebagai contoh, bilamana bertemu dengan mereka yang sedang mengalami kepayahan hidup, akan menghulurkanlah bantuan semampunya. Bahkan, janganlah kita mengehadkan bantuan kita kepada teman-teman dan jiran tetangga sahaja. Sokonglah dan bantulah organisasi-organisasi amal yang berdaftar dan juga masyarakat secara umum. Ini adalah kerana sikap murah hati serta suka membantu ini juga merupakan sifat dan sikap Baginda (s.a.w).
Sebelum saya akhiri, izinkan saya untuk berkongsi satu doa yang diajarkan oleh Baginda (s.a.w). Semoga kita dapat mengamalkannya dengan ketulusan dan keikhlasan, mengharapkan hidayah serta keberkatan Allah (s.w.t) pada segala yang kita lakukan.
اللَّهمَّ إنِّي أسألُكَ العفوَ والعافيةَ في ديني ودُنْيَايَ وأَهْلِي ومَالِي
Yang bermaksud: “Ya Allah aku memohon kepadamu keampunan dan kesejahteraan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku” (Hadis Riwayat Ibn Majah).
Semoga Allah (s.w.t) memberi kita kekuatan dan hidayah untuk mensyukuri setiap pemberian-Nya dan melindungi kita daripada menyalahguna segala pemberian-Nya. Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.
أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم
Khutbah Kedua
الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.
أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.