collections khutbah Kepentingan Menuntut Ilmu Agama dari Sumber yang Sahih
Kepentingan Menuntut Ilmu Agama dari Sumber yang Sahih

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

22 Julai 2022 / 22 Zulhijjah 1443H

  
Kepentingan Menuntut Ilmu Agama dari Sumber yang Sahih

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang mulia. Amin.

Saudara dan saudari,

Al-Quran dan Sunnah adalah dua panduan utama bagi kehidupan manusia. Berpegang kepada dua sumber utama ini, dengan berpandukan penjelasan dari para ulama muktabar, akan memastikan kita kekal berada di jalan yang diredai-Nya. Justeru, setiap muslim perlu berusaha untuk memahami dan mengamalkannnya dengan cara dan metodologi yang benar. Nabi (s.a.w) bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi s.a.w).” (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi)

Namun persoalannya adalah: Bagaimanakah seseorang itu dapat memahami Al-Quran dan Sunnah dengan cara yang betul?

Saudara dan saudari,

Jika kita lihat tradisi para ulama’ silam dalam mencari dan memahami ilmu, kita mendapati bahawa mereka sungguh prihatin dalam mencari guru yang bertauliah dalam agama.

Misalnya Imam al-Shafi’i, beliau sendiri telah mempelajari ilmu daripada guru yang hebat iaitu Imam Malik. Begitu juga Imam Ahmad mempelajari daripada Imam al-Syafi’i, dan sebagainya. Kesemua ulama telah melalui tradisi keilmuan, serta mempelajari ilmu dari guru-guru yang muktabar yang diakui keilmuannya.

Ini adalah kerana memahami Al-Quran dan Sunnah daripada teks dan terjemahan sahaja tidak mencukupi. Melalui guru yang bertauliah, seorang individu dapat memperoleh pemahaman yang menyeluruh berkaitan agama. Lihatlah bagaimana Allah (s.w.t.) menafikan persamaan antara mereka yang berilmu dan yang   
bukan. Allah (s.w.t.) berfirman:

Yang bermaksud: "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah az-Zumar ayat 9).

Saudara dan saudari,

Pemahaman yang salah berkaitan teks agama boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kesesatan. Sebagai contoh, pernah berlaku di sejarah Islam, golongan yang tersesat kerana salah faham akan maksud beberapa ayat al-Quran, seperti Khawarij.

Saya rasa masih lagi segar diingatan kita, pentafsiran puak radikal, seperti ISIS, yang memutarbelitkan pemahaman beberapa teks agama bagi kepentingan peribadi. Seperti menghalalkan penghambaan, pembunuhan, mengedepankan dirinya sebagai khalifah dan sebagainya.

Justeru, jangan kita memandang mudah terhadap mempelajari ilmu agama. Ia adalah amanah. Ia berkaitan dengan kesejahteraan diri kita serta keluarga, di dunia serta di akhirat.

Lebih-lebih lagi di zaman ini, dengan perkembangan teknologi perhubungan, seseorang itu begitu mudah boleh menemukan pelbagai interpretasi dan penafsiran. Kita perlu berwaspada terhadap idea-idea yang boleh disalahguna dengan tujuan untuk menyesatkan dan menghancurkan.

Tatkala kita maju ke hadapan sebagai satu masyarakat yang menyumbang kepada dunia dan menjadi teladan dalam kefahaman dan pengamalan agamanya, kita perlu memiliki keupayaan untuk memahami dan menilai maklumat agama yang kita perolehi.

Jika kita menghadapi kesukaran untuk memahaminya, tanyalah kepada asatizah kita yang bertauliah untuk menjelaskannya.

Semoga Allah (s.w.t.) menerangkan hati kita untuk mengenal serta menuruti kebenaran dan terus memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita. Amin Ya Rabbal Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ  يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.