collections khutbah Bantuan Allah s.w.t. buat hamba-Nya
Bantuan Allah s.w.t. buat hamba-Nya

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

28 Ogos 2020 / 9 Muharram 1442H

Bantuan Allah s.w.t. buat hamba-Nya

 

Saudaraku yang dikasihi Allah,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Taati segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. Semoga Allah s.w.t. mengurniakan hidayah dan bantuan-Nya kepada kita. Amin.

Saudaraku,

Sepanjang bulan ini, kita telah bersama-sama menelusuri ciri-ciri yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Ciri-ciri tersebut disebut dalam al-Quran biasanya setelah firman-Nya yang berbunyi:

إِنَّ اللهَ مَعَ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t. itu bersama...

Ayat-ayat ini merupakan penawar, motivasi dan pemangkin semangat bagi seorang hamba untuk terus meningkatkan keyakinan dan keimanannya kepada Tuhan. Kerana keyakinan yang jitu bahawa Tuhan itu sentiasa bersama kita, ia sebenarnya memberikan satu kekuatan dan keyakinan bahawa Tuhan pasti akan mengurniakan kepadanya jalan keluar. Perhatikan firman Allah s.w.t di dalam surah at-Taubah ayat ke-40 yang berbunyi:

Yang bermaksud: “… Ketika Dia berkata kepada sahabatnya: ‘Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita’…”

Subhanallah, betapa indahnya akan keadaan yang digambarkan Allah s.w.t. dalam ayat ini. Ketika mana kaum Quraisy sedang menghampiri tempat persembunyian Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar r.a. di Gua Thur. Baginda s.a.w. menenangkan kerisauan dalam hati Abu Bakar r.a., bahawa Tuhan sentiasa bersama hamba-hamba-Nya dalam segala keadaan. Dia mengurniakan bantuan dan perlindungan sentiasa.

Saudaraku,

Sebagai hamba Allah pastinya kita tidak akan terlepas dari sebarang cabaran dan dugaan. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu ujian kehidupan akan tetap berterusan.

Seorang hamba Allah yang beriman akan tetap bersikap tenang dan berpegang teguh dengan keimanannya. Beliau akan berusaha mencari huraian di sebalik cabaran yang dihadapinya. Beliau kekal optimistik dengan menjadikan setiap halangan dan cabaran itu sebagai peluang baginya untuk meningkatkan kualiti kehidupannya dalam usaha mencari keredhaan Allah s.w.t. Apa jua rintangan dan cabaran yang dihadapinya, akan ditempuhi dengan penuh ketabahan.  Tiada istilah “menyerah kalah” dalam kamus kehidupan seorang mukmin. Malahan beliau akan melakukan yang terbaik untuk memperbaiki keadaannya. Berat mana ujian melanda, beliau sedari bahawa terdapat banyak lagi nikmat yang Allah s.w.t. telah kurniakan kepadanya. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah an-Nahl ayat ke-18:

Yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tidaklah kamu dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Saudaraku,

Pada saat yang penuh keberkatan ini, sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Tuhan yang mengurniakan kita kesempatan untuk bertemu dengan tahun baru Islam, 1442H. Alhamdulillah, kita juga bakal bertemu dengan 10 Muharram pada keesokan hari, yang dikenali sebagai hari Asyura. Maka marilah sama-sama kita meningkatkan amalan dan ibadah kita kepada-Nya. Rebutlah peluang untuk mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. pada hari Asyura dengan berpuasa pada hari tersebut dan sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.

Semoga dengan usaha kita ini, Allah s.w.t. akan merahmati dan memelihara kita dari sebarang keburukan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

Khutbah Kedua

 

الْحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ الْعَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الْأَحْيَاءِ مِنهُم وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالْمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ الْبُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ الْعَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ، وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ  يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.