collections khutbah Allah Bersama Meraka yang Bersikap Ihsan
Allah Bersama Meraka yang Bersikap Ihsan

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

7 Ogos 2020 / 17 Zulhijjah 1441H

Allah Bersama Meraka yang Bersikap Ihsan

 

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Taati segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. Semoga kita menjadi insan yang terus berlaku ihsan dalam segala urusan kita. Amin.

Saudaraku,

Pastinya merupakan harapan setiap hamba Tuhan, untuk meraih tempat yang dekat dengan Allah s.w.t. serta sentiasa berada disisi-Nya. Kita beribadah kepada-Nya, menuruti perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, melaksanakan pelbagai pengorbanan. Kesemuanya demi meraih darjat yang dekat dengan Tuhan.

Dari itu, khutbah pada bulan ini akan berusaha untuk mengenalpasti beberapa ciri-ciri mulia yang dinyatakan dalam al-Quran. Di mana apabila seorang hamba itu memiliki ciri-ciri tersebut, akan mengakibatkan dirinya meraih tempat yang dekat dengan Tuhan. Sekiranya kita memerhatikan al-Quran kita akan mendapati beberapa ayat padanya yang berbunyi:

إِنَّ اللهَ مَعَ

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t. itu bersama.

Ternyata pada penghujung ayat itu ciri-ciri mereka yang meraih darjat yang dekat dengan Tuhan.

Saudaraku,

Perhatikan firman Allah s.w.t. di dalam surah an-Nahl, ayat ke-128 yang berbunyi:

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan mereka yang berlaku ihsan”.

Maka apakah itu ihsan? Dan bagaimana anda boleh memiliki ciri tersebut?

Saudaraku, ihsan membawa dua maksud yang utama. Yang pertama, ia bermaksud kebaikan yang dilakukan kepada sesiapa sahaja yang berada disekeliling seseorang. Sama ada manusia, binatang, malah kepada negara dan juga alam sekitar.

Dengan sifat keihsanan ini, ia akan melahirkan sikap prihatin dalam diri kita akan keadaan masyarakat. Kita juga turut berusaha untuk menghilangkan segala bentuk kemudaratan yang dapat menjejas kehidupan manusia seluruhnya. Sifat keihsanan seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan seseorang, tetapi ia juga dapat mendorong orang lain untuk memupuk sifat keihsanan dalam dirinya. Ia merupakan peluang bagi kita untuk menghidupkan budaya ihsan dalam masyarakat. Apabila kita berusaha untuk meraih keredhaan Allah s.w.t., Dia pasti akan merahmati segala usaha dan keihsanan kita di dunia ini.

Adapun maksud kedua bagi ihsan adalah dengan melaksanakan yang terbaik dalam setiap amal ibadat kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, yang bermaksud: “(Ihsan ialah) kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu dapat melihatnya. Dan jika kamu tidak dapat melihatnya, ketahuilah bahawa Dia melihat kamu”.

Dari hadis ini, kita menyaksikan bagaimana keihsanan yang jitu bakal menghasilkan peningkatan pada kualiti ibadah seseorang. Beliau menyedari bahawa ibadat itu adalah kunci kejayaannya di dunia dan akhirat, maka beliau sentiasa berusaha untuk mempertingkatkannya.

Saudaraku,

Sejak penularan wabak berlaku di Singapura, kita menyaksikan pelbagai usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh masyarakat kita. Masyarakat kita bersatu padu berusaha menyokong antara satu sama lain, seperti menghargai jasa petugas barisan hadapan, membuat penyesuaian dalam pekerjaan dan amal ibadah kita demi menjaga kemaslahatan umum.

Inilah semangat keihsanan yang perlu terus mekar hidup dalam diri kita dan masyarakat kita. Mudahan-mudahan dengan demikian, Allah s.w.t. akan memberkati segala usaha kita serta memelihara keamanan dan kesejahteraan buat masyarakat dan negara yang kita sayangi ini. Semoga Allah s.w.t. menerima segala amalan kita dan mengabulkan harapan dan permintaan kita. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

Khutbah Kedua

 

الْحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ الْعَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الْأَحْيَاءِ مِنهُم وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالْمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ الْبُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ الْعَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ، وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ  يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.