collections khutbah Peranan Fatwa di Singapura
Peranan Fatwa di Singapura

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

9 Februari 2024 / 28 Rejab 1445H

Peranan Fatwa di Singapura

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba yang diredhai-Nya. Amin.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setiap tahun kita diingatkan tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj, ia merupakan suatu peristiwa perjalanan malam junjungan besar nabi Muhammad (s.a.w.),menerima amanah solat lima waktu sehari semalam. Marilah kita bersama melihat kembali peristiwa ini dengan lensa yang lebih kritikal.

Saudara dan saudari,

Ibadah solat memberikan kita peluang dan ruang untuk berinteraksi dan bermohon kepada Allah (s.w.t.). Setiap daripada kita pastinya mempunyai keinginan dan hajat, maka pohonlah kepada Allah sama ada pada waktu senang mahupun susah. Rasulullah (s.a.w.) berpesan:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالكَرْبِ فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

Yang bermaksud: “Barangsiapa mahu doanya dikabulkan oleh Allah saat susah dan ketika ditimpa musibah; hendaklah ia memperbanyakkan doa ketika waktu senang.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Ibadah solat turut menunjukkan “roh” syariat Allah buat manusia. Sesungguhnya Allah mengetahui suka dan duka yang dihadapi oleh hamba-Nya. Allah juga mengetahui serta memahami situasi, keadaan dan kemampuan hamba-Nya dalam memenuhi tuntutan dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atas mereka. Maka solat menjadi wadah menyalurkan perasaan atau “outlet” untuk kita mengadu kepada-Nya. Ingatlah pada firman Allah di dalam surah al-Baqarah 186: 

 

Yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Objektif syariat Islam menerusi hukum-hakamnya seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya adalah untuk memelihara kemaslahatan manusia sebagaimana yang baru disebutkan sebentar tadi. 

Tapi, bagaimanakah pula caranya mengekalkan objektif syariat pada sesuatu permasalahan baru yang tidak terdapat dalil atau panduan yang jelas dalam al-Qur’an dan Sunnah, serta tidak pula disebut secara jelas di dalam perbahasan para ulama’ terdahulu?

Mungkin ada yang berpendpat bahawa pandangan para ulama silam sudah mencukupi untuk menjelaskan permasalahan masa kini. Sebenarnya, para ulama silam telah berjaya menyelesaikan permasalahan berdasarkan pemahaman, kajian dan penelitian mereka kepada sesuatu isu yang berlaku pada zaman dan konteks mereka. Sebagai contoh, imam Syafi’i telah mengeluarkan dua fatwa yang berbeza mengenai qada atau fidyah puasa bagi pihak si mati, dalam dua masa dan dua lokasi yang berbeza, iaitu semasa beliau berada di Baghdad dan ketika beliau sudah berpindah ke Mesir.

Ini cerminan jelas peranan institusi fatwa. Fatwa beramanah untuk memberikan solusi dari sudut hukum-hakam bagi sesuatu permasalahan kontemporari yang menjejas kehidupan masyarakat Islam. Perlulah kita fahami bahawa setiap fatwa yang dikeluarkan di Singapura dilakukan secara jama’i (kolektif) oleh para ulama kita, dan bukan secara fardi (persendirian). Kesemua ahli Jawatankuasa Fatwa perlu sebulat suara menyetujui keputusan bagi isu yang dibahaskan. Sekiranya ini tidak dapat dicapai, keputusan yang dikeluarkan dinamakan irsyad, bukan fatwa. Ini adalah antara ciri-ciri yang terdapat di dalam metodologi pengeluaran fatwa di negara ini.

Semoga Allah (s.w.t.) terus membimbing kita semua dalam urusan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan, Allah mengurniakan kepada kita semua kefahaman dalam urusan agama, dan menganugerahkan kepada kita kekuatan di dalam mengamalkan ajaran agama ini dengan sebaiknya. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

KHUTBAH KEDUA 

 

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. 

 

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. 

 

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. 

 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.  

 

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.