collections khutbah Nilai Rahmat Dalam Kehidupan Mukmin
Nilai Rahmat Dalam Kehidupan Mukmin

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

23 Februari 2024 / 13 Syaaban 1445H

Nilai Rahmat Dalam Kehidupan Mukmin

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah (s.w.t.) dengan melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-Nya yang mulia. Amin.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Satu ketika, seorang sahabat yang bernama Usamah bin Zaid bertanya kepada Rasulullah (s.a.w.): “Wahai Rasulullah, saya tidak pernah melihat kamu berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana kamu berpuasa dalam bulan Syaaban. Rasulullah (s.a.w.) pun menjawab:

ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ.

Yang bermaksud: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya (iaitu bulan yang berada) di antara Rejab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.” (Hadis riwayat Imam Al-Nasa’i).

Hadis yang baru dibacakan sebentar tadi mendorong kita untuk memperbanyakkan serta mempertingkatkan amalan dan ketaatan kepada Allah (s.w.t.) dalam bulan Syaaban. Ia adalah persiapan kita bertemu dengan bulan Ramadan. Marilah kita bersama mengambil peluang memperbaharui azam untuk bertaubat dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah serta memperelok hubungan sesama insan, sedang kita menghampiri pertengahan bulan Syaaban.

Saudara dan Saudari,

Di dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Abdul Rahman Bin Auf (r.a.), Allah (s.w.t.) telah berfirman yang bermaksud: “Akulah Allah. Aku adalah ar-Rahman. Aku yang mencipta 'Rahim’. Aku ambil nama tersebut daripada nama-Ku. Barangsiapa yang menyambung silaturahim, akan aku sambungkannya (dengan Rahmat-Ku), dan barangsiapa yang memutuskan tali silaturahim, akan aku putuskannya (dari Rahmat-Ku).” (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi).

Mungkin kita sering mendengar bahawa syariat Islam terbina di atas beberapa prinsip utama, antaranya ialah prinsip rahmah. Namun, apakah erti rahmah? Dan sebagai seorang mukmin muslim, setiap hari kita mengucapkan Bismillah ar-Rahman ar-Rahim sebelum memulakan sesuatu perkara atau urusan. Sekali lagi, apakah erti, Rahman, Rahim, dan Rahmah? 

Sidang Jemaah sekalian, kesemua perkataan tersebut berasal daripada kata rumpun yang satu, dan membawa erti sifat belas dan ihsan. Ini dapat difahami menerusi pandangan Imam Ibn ‘Ashur mengenai syariat Islam dalam kitabnya al-Tahrir wa al-Tanwir: Beliau menjelaskan bahwa keistimewaan syariat Islam adalah nilai rahmat yang sentiasa mengiringi manusia dalam semua situasi, merangkumi semua manusia, tidak terhad kepada sesuatu bangsa sahaja. Syariat Islam berdiri di atas prinsip-prinsip rahmat, kelembutan dan kemudahan.

Ini sejajar dengan firman Allah (s.w.t.) di dalam surah al-Nahl, ayat 89:

Yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad s.a.w.) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur’an menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Marilah kita memanfaatkan bulan Syaaban ini dengan beberapa perkara yang mampu kita kerjakan:

Pertama, kita ikhlaskan diri bertaubat kepada Allah (hablum minallah) di atas segala dosa-dosa terdahulu. Semoga usia kita terus dirahmati Allah (s.w.t.).

Kedua, kita memperbaiki hubungan sesama manusia (hablum minan nas)dengan memohon kemaafan daripada mereka yang pernah kita lakukan kesalahan dan memberi kemaafan kepada mereka yang pernah menyakiti kita. Sesungguhnya, amalan ini adalah satu cerminan rahmat di dalam diri kita.

Akhir sekali, kita menyambung tali silaturahim sesama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Sekiranya perlu, marilah kita berusaha mendamaikan saudara kita yang bersengketa. 

Semoga Allah memberikan kita peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi dalam keadaan baik, tenang dan berada di bawah perlindungan dan rahmat Allah. Amin ya Rahman. Amin ya Rahim. Amin ya Rabbal ‘Alamin!

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

KHUTBAH KEDUA 

 

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ. 

 

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. 

 

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. 

 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا اْلمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّة وَفِي فِلِسْطِينَ وَفِيْ كُلِّ مَكَانٍ عَامَّةً، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ بَدِّلْ خَوْفَهُمْ أَمْنًا، وَحُزْنَهُمْ فَرَحًا، وَهَمَّهُمْ فَرَجًا، يَا رَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.  

 

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضْلِهِ يُعْطِكُم، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.